keep climbing

alanga-alang dah pukul 0150 a.m. okay birlah aku update sekejap blog, berhabuk, bersawang bagai dah

cuti ni aku rasa mcm dah sesak nafas tahap 3 kroniknya, kirenya kalau tenggelam kat laut dah paras tengkuk

homework, project work, rivision, note express
arghh semua bende aku nak buat secara serentak kalau boleh, 
tapi apekan daye aku bukan robot, aku hanya hamba ALLAH yg lemah yang hanya dicipta untuk menjadi khalifah dan beribadah, tapi semua kerja yg aku buat semua tiada kaitan dengan tujuan asal aku diciptakan
waaaalaaawehhh, pengaruh cik beah osem la ni

result rankig org lain seua makin menaik, aku ?
yee aku pun tidak ketinggalan, aku mendadak menaik kan tension kepala hotak aku
okay chill man, 
sedut nafas ---------------------
hembus ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

keep climbing shima, jatuh bangun balik, memang sakit, cuba tahan, kental dan kuat hadapi rintangan seterusnya

antara cabaran yg aku telah berjaya aku hadapi dan tempuh
-netball last minute cancel, dekat setahun aku berlatih last-2 die cancel, okay aku sabar
-tgk result. boom! ke baboooom! *terngaga . takpe aku sabar
-org lain semua confident boleh buat sem, yee! aku pun YAKIN BOLEH! *meskipuuuuuunn
- dan sekarang project work aku tergendala setakat part C. dan aku terkaku taktau nak buat ape dah. pikir shima pikirrrr *ala-ala jimmy neutron


alhamdulilah, member byk support, okay move on shima move on, 

kbye aku mengantuk

cik beah ohsem versi profshima TROLOL

kami budak hebat

holllloooooo people! yo, banyak benda aku nak share actually, netball, ranking, mrsm life, bestfriends, classmate, crush ? krik krik  krik, masa mencemburui aku, so lainkali jela aku cerita panjang-panjang yeee
okay so apa yang aku eager sangat nak share dengan korang adalah, oh tuhanku, aku tak sangka aku dikelilingi oleh orang yang hebat-hebat, weeeeeeeeeeeeeeeee
bilakah prof.shima nak jadi hebat macam mereka ? bila bila dan bila?
TROLOL
okay skip
taksangka, sumpah taksangka, maktab aku bakal menghantar 6orang pergi DUBAI, for debate.
antaranya LUQMAN (ceeh, luqman jugak aku tulis mula-2 xD), syahirah, syarifah, nik, irfan and anushka
they are debator, represent for our maktab, hebat okay sampai masuk peringkat international. double wow gitu

then, oh yee president BWP yg sengg tu pun nak fly oversea KATENYAA. untuk global leadership, pergi Australia. okay tepuk tangan semua *clapclapclapclap
so tegasnya di sini, KAMI, HIGHLANDERS BUDAK HEBAT yeay! *ceh, perlu ke -.-

hello my paradise

hay readers, bye titew nak balik dah, titew sedih, hm homesick sikit, baru lepas habis exam, balik maktab, exam lagi, hurm, doakan titew tau :D Ngeeeeeeeeeeeeeee. hahahaha
okay, azam for the next standardize : "strive for the best, kalau boleh 9A, eh tak tak tinggi sangat tu, erm aku target 6A dulu la. amiiin, chaiyok!"
btw yg pasal netball tu. hmm aku dah fikir masak-2 aku teruskan, as my daddy said
"it's okay, main je smpai bulan 6, memang akak letih, tapi otak akak segar, badan letih otak segar takpe, kalau badan segar otak tak cerdas tak guna jugak. lepas habis game super nanti struggle. I know you can do it, darl " 
and as my bestfriend said
"teruskan je shima, nanti kau dapat sijil kebangsaan, anggap je latihan setiap petang tu as riadah. time prep kau study betul-2. aku yakin kau boleh"
alhamdulilah. thanks atas sokongan yg diberi, and aku harap aku tak give up, yg penting don't look back
oh by the way buddyz KAK BIHA is my idol, akak ni pandai physics tahap gaban and subject lain pun die maintain, die pun busy, lebih busy dari aku, die memegang jawatan sebagai ketua aspuri (BWP), and die pun netballer macam aku, taksilap position die pun GA macam aku :D and die dapat straight A dlm SPM. gempak kan ?
busy mcm mane pun, penat mcm mane pun, die still dapat apa yg die nak, itu HOT, so aku nak jadi mcm die :) #budak hot+cun
hahahahahahahahahha #saje gimik ^^

FATty acid


saturated fat aku dah bayak berkumpul dibawah kulit gue, waduh, makin menebal dan yes makcik aku ramai tegur T^T 

dan

seluar yang longgar tahap gaban dulu tu semua sekarang aku dah boleh pakai, muat-muat pulak tu
-.- seriously tak lawak weh

oh taksabar nak main netball dekat seminggu aku tak jog or keluarkan peluh, okay itu sangat menakutkan dan buat aku rasa  mendap gila :D ngeee

eh btw ade pilot hensenggggg add aku kat fb
, tehehe bapak la hensem, nasib baik die dah tunang. HAHAHA
kaybye

ape nak jadi dengan kak shima ?


ape nak jadi dengan aku ni. hmmmmm sedih weh. SAHAM turun
aku melabur tenaga banyak sangat sampai SAHAM STUDY aku jatuh merundum

huaaaa :'( 

kalau dulu 7A2B, sekarang 4A5B woooooooooooii gilaaaa TRIAL nak dekat, SPIP aku punya woii, jangan rampas, 

nah result aku


BM      A-
BI        B
FZK    B
BIO     B
KMIA  A
+MATH  B
MATH  A
PAI     A
SEJ     A

apa-apa pun alhamdulilah, setakat ni takde C, aku harap aku dapat perform dan lebih prepare untuk ujian sel aras 2 and sem 1, pray for me dear,

okay aku nak share ni, btw aku n kawan-2 aku cadang nak tarik diri a.k.a keluar dari team netball maktab memandangkan pemain utama hanya kami tiga orang sahaja form 5 (aku,liza dan farani) so mcm alang-alang baik amik semua form 4 kan  ? dan memandangkan super pun bulan 6, bulan yang hampir dengan bulan 'kesiksaan' kiteorang iaitu TRIAL SPM MARA #yg org dok gembar-gembur susah gila nak mati

tapi cikgu sal halang, nak tau cikgu sal cakap ape ?
"kalau awak keluar dari team maktab sama ada awak kene SEPAK (tangan) atau SUMPAH"

:O #ternganga

so balik asrama aku termenung memikirkan nasib, kawan-2 pun try pujuk aku, cakap shima boleh shima boleh, aku pun ia kan aje, walaupun hati aku tetap berkate "boleh ke aku?" "ah sudah trial nak dekat aku tak prepare ape" "gila ape" dah mcm-2 ayat yang berunsur negatif keluar.

back to the basic

aku yakin Allah dah rancang yang terbaik untuk aku, aku anggap ini satu dugaan dan cabaran buat aku untuk berjaya, apa yang aku harapkan dan yakin adalah Allah sentiasa berada disisi aku, mendengar keluh kesah aku, penat lelah aku, Allah saja yang tahu, mudah-mudahan aku tak sentiasa merungut malah sentiasa tabah dan sabar. amiiin yang penting aku kene BERUSAHA. chaiyok!

adios.....

SPM candidate


me, noor hashimah binti kamaruzaman 
bakal menduduki SPM  (Y.Y) #dah besar anak mak
dan aku ni taktau dah kenapa semenjak dekat-dekat nak balik asrama, cadang nak baca buku, bagi habis silibes form 4, tapi nampaknyaaaaa humph

HARAPAN menjadi layu, nah kau shima! tahun depan kau kene study teruk, padan muke aku!
:/ 

sometimes, aku macam tak yakin, dan aku tak letak target yg tinggi dlm SPM
and sometimes, aku ade semangat, dan aku yakin yg aku boleh buat! 9A dalam genggaman, tappiiiii
tahlaaaaaaa. ya Allah, bantulah aku,

so, skip la kan malas cakap byk, just nak minta anda semua doakan saya, maaf jika ada buat silap
to all my friends out there, goodluck tau ? buat SPM elok-elok kay, 
dear ulala, I love you, rindu nak gelak ketawa dalam kelas dengan korang T_T kalau nak dikenang, rasa mcm nak menangis pun adaaaaaa. huaaaaa, rindu samudera <3
rindu cikgu, hm so moga-moga batch 96 do the best, 

and I hope I 'll be a good muslimah, anak solehah, hamba bertaqwa, dan pelajar yg cemerlang dalam akademik dan sahsiah, that's my target <3 doakan saya  tau AWAK, KAYBYE

ana uhibbuka hubban jamma :)


soulmate

*NORSYAZWANI BT AYEOB NADZORI*

she is my soulmate ever<3 , kiteorang kawan sejak dari sekolah rendah. jgn jeles and till now, kelas sama, tuisyen same, pokoknya pergi mane-2 same, kalau nampak die nampakla aku. HAHA bila msuk form 4 kiteorang takboleh dahla bersama mcm dulu T_T uhukhukzz sedih bhai, tapi bila balik asrama, apelagi MERENDEK ah keliling manjung :D huahua. and the best thing is, kiteorang takpernah gaduh, tipu tipu, gaduh pun gaduh kejap je, esok automatik dah baik. :)

 :)okay just now, kiteorang lepak dekat FATTY CAFE. keluar dalam pukul nak dekat pukul 6 jugak. wani, kau kacau time aku tengah layan cerita korea 

ngehngeh "SCENT OF A WOMAN"..... haaaa! sape tengok ? fact! cuti ni aku layan cerita korea je. T_T
*sejak bile aku gila K-POP tah. meroyan betul

skip

nak tau ? aku dengan wani banyak gila persamaan. maksud aku. kiteorang dah plan mase depan dan dalam masa yang sama PLAN kiteorang same!!!!!!!!!!!!!

mygod mygod mygod

haha terharu kot. okay first

wani : aku target UIA doh lepas SPM. aku harap sgt dapat msuk UIA
aku : *buat muka terkezuuuuut* wani! kau saje copycat aku punya plan
wani : mane ada. aku plan dulu
aku : tak! aku dulu
wani : tak, aku
aku : aku la
wani : aku
aku : aku
wani : aku!
aku : takla aku
wani : aaaakuuuu
aku : -.- *sep tangan! 

#YA ALLAH , mudah-mudahan kami satu U. aminnnn#

second

then, aku ada kasi tau mak aku yang aku nak kerja lepas SPM. nak tau mak aku cakap ape

"ha jangan nak buat malu mak"

cara mak aku balas tu buat aku rasa macam, aku minta izin kat mak aku yang aku nak melacurkan diri pulak. HAHA

then aku tanya KENAPA, mak aku jawab

"umur mcm akak ni patut mencari ilmu, tak sesuai lagi untuk kerja. so mak nak hantar akak pergi belajar kat pondok"

YA ALLAH. sumpah HAPPY gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. serious tak sabar <3
then aku cerita kat wani. dalam masa yang sama die pun plan nak belajar kat PONDOK. :O
it awesome. very awesome men! aku ada geng, so kiteorang cadang nak masuk pondok dekat ipoh, tapi taktau lagi. tengok keadaan

#YA ALLAH, tunaikan hasrat kami dalam mengejar keredhaan-MU ya Allah :'> amin amin#

and the lastly, wani nak amek kos business. dan hell yes! kalau tak jadi doktor, aku memang nak sangat jadi CEO <--- berkaitan dengan business kan? ngehngeh

ya Allah, mudah-mudahan aku dapat menjadi seorang sahabat yang baik, sentiasa berada di sisi mereka dikala susah dan senang, bantulah hamba-MU ini menjadi insan yang bertaqwa kepada-MU ya Allah :) aminn



Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...