saudara ku di negara perang

lain macam penat puasa kali ni
sampai naik rasa loya, nak pengsan
lemah


otak mula berfikir
hati mula berkata
"mungkin tak ambil barakah sahur agaknya"
ya
aku lupa nak sahur
"mungkin jugak sebab dah lama tak puasa sunat, byk melantak, bila xmakan berjam-jam, perut dh gelabah"
ya
hati aku dah makin benak dek makan terlalu byk
tu yg bila org bagi nasihat taknak dengar
org tegur sikit cepat melenting
*tunduk kekesalan

manusia

kelas APK (asas pembudayaan keusahawanan) berakhir sekitar jam 6pm
tah knpa pensyarah tu asyik target aku untuk jawab soalannya
mungkin saja kaler baju aku yg agak menyerlah (keemasan) 
kihkihkih
kelas APK di fakulti sains,boleh je jln kaki balik ke kolej kediaman dekat je
tpi dek terlalu penat, jalan pun dh tak bermaya
Allah hadirkan sebuah teksi untuk aku
Alhamdulilah
rasanya kalau aku teruskan perjalanan pakai kaki mmg dh tumbang tepi jalan

sampai je bilik aku campak badan aku GEDEBUM! atas katil
kawan sebilik ku kehairanan
lalu
menghampiri
"kau ok? mcm penat sgt"
ya penat smpai tgn pun menggeletar
aku hanya mengangguk
terus aku tidur sementara nak tunggu saki baki waktu untuk smpai ke waktu maghrib

nak tunggu 15 minit masuk waktu maghrib sgt seksa, aku dah start berpeluh
rasa nak muntah, badan menggeletar, mmg lain mcm betul puasa kali ni
aku hanya mampu terbaring

tiba tiba

teringat pula saudara aku di syria, khususnya penduduk Madaya
kawasannya yg dikepung, penduduk syria dibiar mati kebuluran sehingga nmpk
tulang kerangka, ya Allah besar nya ujian, aku yg bru separuh hari xmakan
smpai menggeletar tubuh bdan, mereka yg berbulan-bulan xmakan? smpai mati kebuluran?
Allah saja tahu sakitnya
zalim
takut untuk aku bayangkan mereka yg zalim apalah balasannya di akhirat
Allahuakbar! seksaan Allah itu sungguh dasyat!



azan berkumandang
terus aku capai sebotol air mineral
hampir separuh botol besar tersebut ku teguk
subhanallah
dasyat sungguh KEDAHAGAAN aku kali ni
ku capai 2bungkus biskut perisa peanut, 

nikmat
sangat nikmat

tiba tiba
air mata ku mengalir
ya Allah kufurnya aku selama ni
ya selama ni aku kurg bersyukur
asal makanan xsedap sikit aku merengek
siap boleh pilih sayur mana yg xnak mkn
rasa malu dgn saudara ku di syria dn di negara luar yg sedang kebuluran
yg tiada pilihan
asal nmpak serpihan roti ditanah cepat cepat kutip untk dibawa pulang berkongsi dgn ahli keluarga
sanak saudara
*sebak


terus ku suap mulut ku dgn biskut
hati aku pula berdebar

ya Allah semoga di padang mahsyar kelak aku dibawah perlindungan Mu
ustaz-ustazah byk kali berpesan
di pdg Mahsyar
kita akan rasa dahaga yg sangat dasyat sehingga kan air selautan pun 
masih tidak boleh hilangkan dahaga, dengan mataharinya yg sejengkal di atas kepala
untuk menunggu giliran amalan dihisab didalam puluhan ribu umat dipdg mahsyar
Allah Allah Allah

sentiasalah berselawat dan berdoa agar  kita dipilih untuk mendapat
syafaat Rasulullah yg tercinta, dapat minum di telaga kauthar, 

ya 
syafaat nabi s.a.w sahaja yg blh tlg kita di akhirat kelak
hanya Yang Terpilih
maka banykkanlah berselawat dan menghadiri majlis maulid
kurangkan Dota dan Menonton Wayang/Movie melepak dn segala perkara lagho

mari berebut-rebut melakukan amal kebaikan, kerana belum tentu esok kunjung tiba
semoga kita mencari bekalan akhirat yg secukupnya 

#AkuYangLemah

 

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...