kerana sedih itu satu kefakiran

jahat betul syaitan ni, pandai makhluk ni bisik sepantas kilat 
sehingga meresap dalam tubuh,hati, jantung,limpa,easophagus dan segala organ dlm badan
lalu memberi efek yg cukup mendalam dalam diri aku

tah kenapa tiba-tiba aku jadi rasa semacam tak kena 
rasa nak marah,geram,benci,berang,sedih,putus asa,rendah diri *piyemesss barangkali
tatkala 'mood' ni datang aku memang tak keruan

lalu

aku solat
wirid pun xpanjang,
baca doa pun dengan penuh rasa hampa dan kecewa
kecewa dengan diri

lalu
aku capai senaskhah al-quran,
aku baring
aku baca surah yg bertanda untuk sambung bacaan yg sebelumnya
tak bermaya
 
lalu
aku baca terjemahannya,
cuba untuk menghayati
terpanah dengan sepotong ayat

"... meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah
wahai org2 yg mempunyai akal sehat,agar kamu beruntung"

Allah sedang berbicara dengan ku
aku terkedu, 

lalu
aku istighfar
pejam mata
aku berdoa minta keampunan, 
Allah

hati aku masih lagi merengek
nak kan pujukan
pujuk hati yg berkecamuk

aku lihat sekeliling

lalu
aku terpaku dengan sebuah buku tebal 
LA TAHZAN
buku yg aku hadiahkan buat bunda ku yg terchenta

lalu
aku buka secara rawak
banyak kata-kata pujangga,kata-kata para ulama
petikan surah al-quran yg menjawab seribu satu rengekan hatiku

ku teruskan bacaan ku
sehingga hati ku berasa puas

lalu
satu potongan ayat ini yg membuat air mata ku mengalir,
dan menundukkan nafsu
hati ku mula senyap dari rengekan
lalu aku tersenyum semula

azan berkumandang, 
aku pun solat
rasa tenang itu hadir
hadir tanpa diduga
tah kenapa
aku rasa Allah itu sangat hampir dengan ku
aku tidak keseorangan

lalu
aku habiskan solat-solat sunatku yg menjadi kebiasaan buat diriku
tenang
damai
tersenyum
sebelum aku menutup mata untuk menunggu hari esok yg belum tentu kunjung tiba
ku mohon ampun kepada Sang Pencipta, Penggenggam Hati ini
terima kasih ya Allah, kau hilangkan belenggu ini
tiada yang manis semanis CINTA ILAHI

"bukankah kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman
dan hidayah petunjuk)? dan kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan islam) yg memberati
tanggunganmu,(dgn memberi berbagai kemudahan dlm melaksanakannya)?, dan Kami telah meninggikan bagimu:
sebutan namamu (dgn mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemualiaan)? oleh itu
maka (tetapkanlah kepercayaanmu)bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan: bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. kemudian apabila engkau telah selesai(drpd sesuatu amal soleh) maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yg lain). dan kepada tuhan mu sahaja
hendaklah engkau memohon (apa yg engkau gemar dan ingini)" (surah Asy-Syarh : 1-8)

"berdukacita itu jauh dari sikap lembut, benci terhadap nikmat, datangnya dari syaitan dan membuatkan hati menjadi kecut"

mari bersyukur atas nikmat iman dan Islam, nikmat haidayah,nikmat kesihatan,
dan seribu satu nikmat

ALHAMDULILAH
SEGALA PUJI BAGI ALLAH

sekian,
perantau donya



No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...