muslimah hipstur

dah nak habis sem 1 baru la terheggeh-heggeh nak tulis blog, kalau la blog aku ni ada perasaan mesti die dah lama tacing dgn aku, KAH-KAH

ok let start

till now aku ingat lagi conversation dengan tutorial-mate aku kat PASUM dulu

ceritanya begini

sedang solehah menunggu kehadiran tutor nya masuk, solehah sibuk meng-scroll insta nya *tolong jgn contohi solehah, sebelum tutor start mengajar eloklah belek-belek balik tutorial lepas dan buat revision paling tidak mengaji la kejap apa salah kan winkwink #tipspelajarDekan

so si solehah pun tegur si gamer

"weh mal, kau takde insta ke? xnampak pun insta kau?"

si gamer yang bernama mal(bukan nama sebenar), tanpa memandang si solehah, acuh tak acuh jawab

"hah, malasla, nak buat apa, nanti aku nak cari bini, kalau boleh die xde insta, aku tak suka doh tengok perempuan selfie mulut muncung bagai, PEKEBENDA tah! hahahahha"

dalam hati si solehah*warak alim ulama' jugak mamat ni

walaupun gamer al-mathurat di tangan beliau tak pernah terlepas *respect!
dalam hati si solehah lagi

"perghhh nasib baik aku xletak gambar selfie, kalau tak rasa mcm kena PENUMBOK"

solehah pun respond terhadap kata-kata si mal

"hmm aku pun setuju dengan kau, bagi aku insta ni tak salah untuk wanita, kalau die just nak sharing moment hidup die, tambah pulak die selit ayat-ayat Al-Quran, selit unsur dakwah, 
yang salahnya bila guna takde arah tujuan, aku pun tak setuju perempuan yg letak gambar selfie, ibaratnya mcm 'aku cantik, tengoklah wahai dunia, aku lah wanita tercantik' hahahaha kan"
si gamer, mengangguk tanda setuju

----------------------------------------------------------------------------------------------------

sekadar pendapat, bagi aku, kecantikan seseorang wanita itu MAHAL untuk dilihat untuk semua ajnabi, biarlah kecantikan itu dilihat kepada yg berhak yakni si suami, maksudnya, biarlah Allah dan Mr.Right saja yg tahu
"wahhhh cantik minah ni" walaupun die tak secomel heliza helmi, dan secantik diana amir, aku yakin dan pasti! setiap wanita tu ada kecantikannya yg tersendiri, hanya yg BERTUAH saja dapat lihat dan perasan akan kecantikan beliau, trust me! :)

aku tak cakap yang insta aku semua nya berunsur kan dakwah, ada je just sekadar share moment yg aku rasa 'this is so precious moment!' so aku upload so that gmbr tu sentiasa dlm kenangan, memandangkan phone aku ni byk ragam asyik hang dan terdelete dn ssbgainya haaaaaa, ahahaa

boleh je nak berinsta, tapi biar bermanfaat *pesanan buat diri juga, dan kalau setakat nak tayang 
OUTFIT OF THE DAY ke, selfie mulut muncung, sengih sensorang tunjuk pipi gebu tu, hehehehe takpelah simpan la dalam handphone awak ye syg, bagi papa mama kita tgk
"cantik jugak anak aku ni"

eheeeee sekadar perkongsian! minta maaf ada terkasar bahasa jgn ambil hati ya, ambil yg jernih buang yg keroh! jom jadi WANITA MAHAL!

1 comment:

zahilszahid said...

Peh peh peh..akhirnya prof update gak blog..bwahaha..

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...