bermulanya tarbiah

aku start sedar aku ditarbiah bila masuk UM, pergi kuliah memalam kat akademi pengajian Islam (API), asyik terperap dalam bilik mengadap nota kima, tutorial yang tak kesudah,serabut dengan exam makin dekat, lab yang menyesakkan, so cara nak hilangkan stress hadir TAMAN SYURGA, sumpah tenang
kadang-kadang hati ni kena jugak suntik dan ditarbiah sesekali kalau tidak tepu,gelap,membatu hati manusia ni

aku banyak belajar menerima, menerima benda baru dalam hidup, mcm aku ckp hidup ni kena ada perubahan

bila fikirkan balik,

 habis asasi > sambung degree > kerja > kahwin > berkeluarga > mereput

bosan nyee hidup

apa je tanggungjawab aku sebagai seorang islam ? solat,puasa,solat,puasa tu je?

cuba kau renung dan fikir dalam-dalam, Rasulullah nak bawa Islam punya susah, kita hancur mcm tu, kau tengok sekeliling, apa dah jadi dengan umat ? yang main game, terus hayal smpai 3-4 pagi, sanggup habis masa 12jam main game yahudi tu, yang couple dengan dunia dieorang, belum sentuh isu berjudi,minum arak *beratberat

sunnah terbesar adala MENGGALAS TUGAS RASULULLAH yakni menyebarkan dakwah
menyambung semula rantai-rantai perjuangan para sahabat

Allah dah janji, Islam akan menang nanti, tapi kita nak tergolong :-

orang yang sama-sama keluar peluh untuk kemenangan atau orang yg hanya melihat kemenangan?

yee kita semua adalah daie, takpayah tunggu kita ni perfect baru nak berdakwah, kau tunjuk perilaku akhlak yg baik pun dh dikira dakwah

so cadangan aku, mari sama-sama hayati perjuangan Rasulullah dan para sahabat, lepastu kita muhasabah, banyakkan membaca, bacalah buku islamik, 

kalau dulu kita layan majalah remaja*tersedak, tukar la kepada majalah islamik, kalau dulu suka baca novel cintan cintun bacalah novel hilal asyraf, aku sgt syorkan baca buku hilal asyraf untuk beginner macam aku yg baru nak sedar kenal TUHAN , yg bru terjaga dari tidur yg lena

yee jujur, aku cakap mcm membara, tapi kengkadang aku tewas gak bila ada korean drama aku layan, oppa omma~ kejadah, manusia weh, sebab tu kena selalu beringat, kawanlah dengan org yg sentiasa ingat Allah

3 comments:

Unknown said...

Respect kt hang. Aq pon mudah leka. Tp hanya Allah sahaja yang mampu mengubah kita ngan sekelip mata. Moga Allah akan melindungi kita .

Unknown said...

Respect kt hang. Aq pon mudah leka. Tp hanya Allah sahaja yang mampu mengubah kita ngan sekelip mata. Moga Allah akan melindungi kita .

Shima Kamaruzaman said...

in sya Allah dil, berjuang untuk ummat! ecewaaaahh

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...