blame yourself

haloooo today aku nak share satu story dari yg bernama AKU
story ni ilham dari perjumpaan 3pagi
perjumpaan apatah sampai pukul 3 pagi
ceroi
***
"dengan jawatan Allah memuliakan seseorang, dengan jawatan Allah menghinakan seseorang"
maka aku diuji dengan jawatan yang menghinakan diri aku sendiri
selepas keputusan yang dibuat, memang aku bersedia untuk hadapi apa jua tohmahan
aku bersedia untuk orang tidak lagi mempercayai diri ku, aku bersedia untuk orang berkata buruk pasal aku, aku bersedia untuk orang tidak lagi mempedulikan aku dan aku bersedia untuk terima kata-kata yang boleh menyakitkan hati aku
aku sangat memahami diri aku
diri aku yang mudah sangat terkesan dengan kata-kata orang sekeliling
maka selepas aku buat keputusan yg 'drastik' itu
aku memang tekad untuk menjauhkan diri aku dari orang-orang yg boleh mencederakan emosi aku
makin aku menjauhkan diri, makin mereka hampir kepada aku
walaupun hakikatnya aku memang tak sanggup untuk berjauhan dari mereka
kerana mereka lah penguat semangat aku, sumber inspirasi aku
ya aku pentingkan diri
bagi aku, aku sorang je hadapi masalah yg paling besar,hebat dan maha dahsyat
aku tak salahkan sahabat-sahabat aku yang tak ambil berat pasal aku, tak tanya khabar pasal aku
sebab aku sendiri tidak mempedulikan orang lain
bagi aku sahabat-sahabat aku dah cukup caring/mengambil berat pasal aku
cuma aku je, bila ditanya
"kau ok?"
cepat je bibir ni senyum
"ok"
macam mana orang lain nak bantu kalau aku sendiri tak bersikap jujur dalam menceritakan keadaan aku sebenar
ya aku ego
aku benci untuk dilihat sebagai 'peraih simpati'
aku benci dilihat 'lemah dalam menyelesaikan masalah'
hakikatnya aku ni sombong
ramai sahabat-sahabat disekeliling yang boleh beri nasihat dan semangat
gigih juga aku nak selesaikan masalah dengan seorang diri
hasilnya ?
makan diri
aku sendiri kecundang
ya aku tak salahkan sesiapa
salah aku
semua kesalahan datangnya dari yang bernama AKU

***

pengajarannya, 

"wahai sahabat jika kau penat, cakaplah! biar kami ambil tugas kau buat sementara waktu
jika kau perlukan masa cakaplah! kami beri kau ruang
jika kau punyai masalah, cakaplah! kami sedia membantu
jika kau perlukan teman untuk bersandar, cakaplah! kami sentiasa ada bersama mu
jika kau sakit cakaplah! kami cari penawarnya"

itulah guna nya KAMI
kami adalah sahabat mu
manfaat lah KAMI sementara KAMI masih ada

No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...