bermulanya tarbiah
shima come back
baik cakap cepat nak cerita apa?
lollzzzz
ok let start with bismillahirahmanirahimmm
asasi dah habis, sekarang aku menganggur, tgh tunggu tawaran kerja from makchee sedaghe
tunggu panggilan Fasilitator kemasukan PASUM 2015 wuhuuu!!! dulu aku disambut kini aku menyambut kedatangn adik adik pasum yg bijak lagi belaka hashtag bahasakelaut
post kalini agak panjang dan lebar tinggi dan menggunung, saje nak share apa je aku buat kat pasum selama dua semester ye dakk? mesti engkorang curious tahap dewa kenn ?
first and formost biar aku cerita orang orang yg bertakhta di hati aku yeee, haaa untuk pengetahuan engkorang semua mereka semua nila yg mewarnai hidup aku selama di PASUM tanpa dieorang takdelah insan yang bergelar shimok (nama manja aku dipanggil oleh alien-alien AF2)
ni moment habis last paper, aka merdeka asasi!!!!! kau tengok berapa kerat je yg ada, pemuda yg gagah perkasa yang lain tu entah kemana
kau tengok, betapa berseri muke kiteorang, kau hade?
haaaa perempuan perempuan ni la yang bertanggungjawab layan peghangaiiii gila-gila aku, dieorang lagi gila, trust me, kalau bab bergambo jgn cakap, ni bru sikit tahap hodoh, ada banyak lagi gambar yang hodoh belaka, wahahahha
jengjengjeng!! ni geng tarbiah aku, ecewaaaaaahh, let me introduce, dari yg plg kiri
(sofiyah si manis,rawdhah si ayu, kak mina yang gagah, shima si cantik *mohonpenampar,ain yang garang)
dari yang paling kanan
(fitri si alim,adham budak hot,ekhwan yang poyo,adi yang manja, dan abang long kita si faiq)
*sorry for nickname >.< random doh
secara ringkas kiteorang adalah Ahli Jemaah JKP Kerohanian & Perpaduan Kolej kediaman Ungku Aziz,
banyak jugak program yang kiteorang dh handle, antaranya solat hajat siri 1&2, majlis restu ilmu, festival islam
thanks to Allah kerana pertemukan mereka *thumbs up!
ni pulak geng 'exam hall' hahahah pekebenda tah
tudung cekelat tu roomate gua yang swag, suka duka riang ria tawa duka banyak dah kiteorang share
bawah tu iman ismail, yaa my bestfriend, start MHS lgi dh rapat, geng kuliah, iman ni macam makcik merangkap nenek merangkap mak aku, kalah mak aku, sebab die asyik membebel kat aku bila aku tetap berdegil nak makan makanan seafood *alergitegarseafood wahahaaaaa shes too concern about me,
bukan apa, kalau aku makan seafood aku bertukar jadi monster, bibir membesar,tekak mula rasa sempit dan mengeluarkan bunyi yg aneh, tangan gatal, start bersin, dan mula menyedut hingus yg meleleh tanpa berhenti walaweh nikmat!
and yang tudung hijau tu roomate iman ngheeeee my friend also :)
tadaaaaaaaaaa! nila dak dak kelas AF2, kelas ni bagi aku superb aaah banyak gila budak bijak, ada budak golden boy, budak band six, budak top 20, budak forflet, budak kaki game, budak hipster, budak tarian zapin,ketua blok D, budak alim, budak pendek, budak kedah kokdiang, budak budak and so on
and ini hidayah, my favourite girl, geng kuliah,geng study aku, at first ambition kiteorang sama, tapi akhir sem dayah tukar bidang but still engineering, heheheeeeee suka kawan dgn dayah ni, dayah siap bagi aku special song untuk aku tau kau hado?
ni syahira, geng study week aku, wahahahhaaaaaa she always seek an advice from me, and mudah sgt terhibur dgn joke aku, kiteorang sembang memang mcm cik kiah kipochi dari kampung seberang, aku panggil die jah, die panggil aku mah, then sembang mcm makcik makcik dok sembang bawah pokok makan rojak, wahahhaha
so setakat ni je dulu ye, lepas ni aku share benda lain pulak ye,
sebelum beredar,
sedikit pesanan, hidup kita ni kena ada perubahan :) berubahlah ke arah kebaikan
kalau dulu kau couple berubahlah jadi pencinta yg setia kepada sang Pencipta Allah yang Satu, kalau dulu kau free hair, berhijablah sementara peluang masih ada, jika dulu kau
so-sial, berubahlah menjadi orang yg sgt menjaga adab,ikhtilat,
kalau kita jaga Agama Allah, Allah akan menjaga kita :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Abah, My Hero
sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah, tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...
-
PASUM life hectic!!!!!!!!! muahaaaahahhaha tu la ayat paling sesuai sape study di PASUM perghh kau bayangkan, almost everyd...
-
jom dengar satu story dari yang bernama AKU *** Tuhan tu dah cukup baik dengan diri aku Dia dah tunjuk banyak jalan untuk ...
-
habis je kelas tepat jam 12 pm terus aku balik bilik kemas-kemas beg, tak sempat aku nak iron baju yang proper untuk ke majlis pernikah...
-
dalam bidang engineering, selepas membaca soalan yg menyatakan masalah dan perlu diselesaikan kebiasaanya kami akan bermula dengan ...
-
sementara membuat exercise safety yang diberi oleh Dr.Che Rosmani, sempat menyembang dengan nenek kebayan, partner in crime aku nen...