blame yourself

haloooo today aku nak share satu story dari yg bernama AKU
story ni ilham dari perjumpaan 3pagi
perjumpaan apatah sampai pukul 3 pagi
ceroi
***
"dengan jawatan Allah memuliakan seseorang, dengan jawatan Allah menghinakan seseorang"
maka aku diuji dengan jawatan yang menghinakan diri aku sendiri
selepas keputusan yang dibuat, memang aku bersedia untuk hadapi apa jua tohmahan
aku bersedia untuk orang tidak lagi mempercayai diri ku, aku bersedia untuk orang berkata buruk pasal aku, aku bersedia untuk orang tidak lagi mempedulikan aku dan aku bersedia untuk terima kata-kata yang boleh menyakitkan hati aku
aku sangat memahami diri aku
diri aku yang mudah sangat terkesan dengan kata-kata orang sekeliling
maka selepas aku buat keputusan yg 'drastik' itu
aku memang tekad untuk menjauhkan diri aku dari orang-orang yg boleh mencederakan emosi aku
makin aku menjauhkan diri, makin mereka hampir kepada aku
walaupun hakikatnya aku memang tak sanggup untuk berjauhan dari mereka
kerana mereka lah penguat semangat aku, sumber inspirasi aku
ya aku pentingkan diri
bagi aku, aku sorang je hadapi masalah yg paling besar,hebat dan maha dahsyat
aku tak salahkan sahabat-sahabat aku yang tak ambil berat pasal aku, tak tanya khabar pasal aku
sebab aku sendiri tidak mempedulikan orang lain
bagi aku sahabat-sahabat aku dah cukup caring/mengambil berat pasal aku
cuma aku je, bila ditanya
"kau ok?"
cepat je bibir ni senyum
"ok"
macam mana orang lain nak bantu kalau aku sendiri tak bersikap jujur dalam menceritakan keadaan aku sebenar
ya aku ego
aku benci untuk dilihat sebagai 'peraih simpati'
aku benci dilihat 'lemah dalam menyelesaikan masalah'
hakikatnya aku ni sombong
ramai sahabat-sahabat disekeliling yang boleh beri nasihat dan semangat
gigih juga aku nak selesaikan masalah dengan seorang diri
hasilnya ?
makan diri
aku sendiri kecundang
ya aku tak salahkan sesiapa
salah aku
semua kesalahan datangnya dari yang bernama AKU

***

pengajarannya, 

"wahai sahabat jika kau penat, cakaplah! biar kami ambil tugas kau buat sementara waktu
jika kau perlukan masa cakaplah! kami beri kau ruang
jika kau punyai masalah, cakaplah! kami sedia membantu
jika kau perlukan teman untuk bersandar, cakaplah! kami sentiasa ada bersama mu
jika kau sakit cakaplah! kami cari penawarnya"

itulah guna nya KAMI
kami adalah sahabat mu
manfaat lah KAMI sementara KAMI masih ada

It has been a long time


dah lama sangat tak rasa nikmat berusrah


walaupun dalam usrah itu hanya membincagkan perkara yang lazim/remeh bagi orang 
tapi itulah yang menghidupkan semula hati yang kaku, keras dan jernihkan semula hati yang hitam lagi membusuk

terasa sentuhan tarbiah dari naqibah ku
ku tenung wajah nya

"bila lah aku nak sampai ke tahap ni"

melihat kesugguhan naqibah ku dalam medan dakwah ni

"macam mana nak jadi kuat macam dia"

"ahhhhh teringin nya aku nak punyai tarbiah semantap dia"

apa yg dapat aku simpulkan, untuk kekal kuat mentarbiah diri wajib ada ilmu, melazimkan diri untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, berjemaah, sibukkan diri dengan perkara kebaikan dan amal soleh yang berterusan


mari dekatkan diri dengan Allah

"cabut jahiliah sepenuhnya, letak Islam paling utama"


apa jadi bila tepuk tangan dengan satu tangan ?


cuba tepuk tangan dengan satu tangan sampai berbunyi
aku cabar kau
mesti kau bebal
dan kalau kau buat dan teruskan juga
kau bah-lol
HAHAHA

(:( )


Wani Married!!

habis je kelas tepat jam 12 pm terus aku balik bilik kemas-kemas beg, tak sempat aku nak iron baju yang proper untuk ke majlis pernikahan
tepat jam 1pm
 aku dengan berbaju sempoi, berpalazo, tudung bawal gaya rama-rama 
tekan pedal minyak sepuas-puasnya
dengan harapan aku sempat tengok sahabat aku diijab kabulkan
part
"aku terima nikahnya Nor Syazwani bt Ayeob Nadzori..."
ni jangan tinggal!!
4jam perjalanan, naik lenguh kaki aku
untuk mengelakkan rasa mengantuk, aku teguk se-tin Wanda Coffee
alhamdulilah perjalanan aku dipermudahkan
ngam-ngam jam 5 ptg aku sampai rumah fatin, rehatkan badan kejap sementara tunggu fatin siap
maka aku dengan fatin pun berangkat bersama ke rumah wani bersama Zetty, tak sabar nak jumpa Ulala

sampai je Taman Samudera
parking betul-betul depan rumah lama aku, yang kini didiami oleh kakak sedara ku yang merupakan seorang pharmacist
perghhh memang padat kawasan perumahan tu, penuh dengan kereta!!
memang ramai betul org datang majlis akad nikah Wani!
I'm so excited!!

tanpa membuang masa terus aku meluru masuk ke rumah Wani
cari Wani. memang penuh org dalam rumah dia. 
tak kira aku kena eye contact jugak dengan Wani
aku cilok punya cilok akhirnya!

dapat jugak berdiri di posisi yg paling hampir
sibuk tok kadi tu baca kan amanat ke apatah yg kebiasaan tok kadi buat sebelum ijab kabulkan pengantin. 

aku pun dengan suara bisik-bisik 
"wani~ wani~" (sambil melambai tangan dengan harapan dia nampak aku dan ulala yang lain)

 then, she smile :) subhanallah she so pretty!

apalagi aku pun rakam moment-moment indah ini dengan handphone Vivo aku
masing-masing lawan tangkap gambar, sehinggakan aku terpaksa luruskan tangan aku ke atas untuk dapatkan gambar tanpa gangguan handphone org lain

"kau dah kenapa, tangan teketar-ketar" tegur Farina

memang jelas tangan aku terketar-ketar pegang handphone ketika merakam sesi ijab kabul itu.
selesai je
"sah!"
tok kadi baca doa
aku pun menadah tangan 
perghh memang kusyuk aku menghayati doa
sampai mengalirkan airmata!
sebab aku memang sgt berharap Wani dan pasangan kekal bahagia selamanya


aku memang fobia dengar kes rumah tangga org lain, kahwin muda
setahun dua dh tak bersama 
alasannya takde kesefahaman la curang la apa
yelah darah muda
itulah pentingnya ilmu sebelum berkahwin
ilmu pengurusan emosi, pengurusan diri, pengurursan rumah tangga dan yang paling penting ilmu rumah tangga, belajar sirah nabi, tahu hukum-hakam basic agama

entahlah, bagi aku nak selamat rumah tangga
pegangan agama, hubungan dengan Allah kena betul-betul kukuh
maka barulah pasangan itu dapat hadapi dugaan dan rintangan dengan tabah dan sabar

semoga mahligai yg dibinan ini kekal hingga ke syurga
semoga sahabatku menjadi isteri yg solehah
dan suaminya seorang yg soleh
amin :)

Sincerely,
Your Bestfriend-till-Jannah

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...