setahun jagung

pumpang pumpang dah setahun aku bergelar Mahasiswa UM
jurusan Kejuruteraan Kimia *Ececeeyyy
penat do jadi student, banyak idea byk kekangan, byk tenaga tak banyak duit
banyak keinginan tiada pendapatan 
sekarang musim result-exam macam-macam peah  pe'el manusia meng-update status laman mukabuku ada yang gumbira, dukacita takut dan sebagainya
ibarat takutnya kita menunggu keputusan ke syurga atau ke neraka setelah amalan dihisab #deep
alhamdulilah sem 2 prestasi agak meningkat dan target tercapai kerana mengenangkan nasib dan result sem 1 yang agak teruk memberi petanda yang buruk terhadap masa depan aku *hyperbola
dan permulaan yang buruk bagi seorang mahasiswa Engineering lepasan PASUM *poyo mohon tampar laju-laju


routine sem 2 aku sangat padat berbanding sem 1
testimoni menunjukkan belajar ketika jadual padat lebih efektif berbanding masa lapang yang penuh dengan perkara LAGHO

dengan projek kolej nya program persatuan membimbing ummah *ececeeyy

jujur aku kata hanya sempat study semasa study week je, tu pun study week aku dan sahabat-sahabat PMI yang lain sibuk menguruskan ihya ramadhan demi mahasiswa di kampus untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa UM untuk beramal antaranya flashmob syria-malaysia di dataran SOGO, volunteer wad kanser kanak-kanak di PPUM, tazkirah weekly di kolej, iftar, street dakwah dan lain-lain

aku tak nak la nampak poyo sangat *sememangnya dah nampak poyo jelas di situ

tapi itu antara sedikit perkara yang aku lakukan bersama shabat-sahabat PMI yang lain.. ada lagi yang lain malas nak sembang kencang sebab poyo sangat

menangis ko tau, seharian aku meraung mengenangkan nasib

"bila lah aku nak ada masa free study aje! asyik sibuk kerja untuk orang lain je!"

malam terawih, aku ni pulak jenis yang jaga tidur *poyo lagi
sleep overnight bukanlah aku meskipun tidur awal eyebag masih segantang besarnya 
maka aku akan tidur awal study aku hanya boleh kira dengan jari beberapa jam sahaja dalam sehari 
jelous tengok kawan-kawan coursemate yang lain satu hari bai dieorg mengadap laptop, buku rujukan tebal nak mampus tu, dengan istilah teori-teori yahudi tu 
perghhh mantap coursemate aku belajar 
kagum tapi tak de life bagi aku, satu hari duduk bilik mengdapa laptop dan buku
hehehhehee thats not my style
keh-keh

apapun alhamdulilah 

terang lagi bersuluh kejayaan itu bukan datang dari kita sendiri, semuanya datang dari Allah dan dengan izin Allah
sememangnya aku banyak tawakal kepada Allah sebab effort aku dalam study tak sehebat coursemate aku yg lain
aku yakin dan percaya selagi mana kita caring dengan kawan-kawan kita kat luar membantu mereka mengajak mereka lakukan kebaikan selagi tu Allah bantu kita dalam apa jua
kerana hidup kita semua nya dalam genggaman Tuhan!



HARI-HARI HARI RAYA

apaklaaaahh bersawang berhabuk blog ni
berdebu !
dah nak hampir syawal baru sibuk nak bercerita
memang nasib seorang blogger bilamana kau dah lama tidak menulis maka kau ber-monolog
kah kah kah
maka mereka yang terklik dengan bijak, terjatuh tersadung langgar batu, terbukak laman sesawang ini terjumpa ataupun tertaip 
hello! and
selamat datang!!!!
ok so let start our story morry
seperti kebiasaan, sehari sebelum berpuasa semua sanak saudara akan pulang ke Kampung Menderang Rumah Haji Yahya
tahun ni terbalik sikit, dekat 3 tahun keluarga aku dah menetap dikampung
#KampunGirl
opah aku duduk dengan makcik aku kat Gopenhagen (Gopeng, Perak) 
maka aku dan keluarga menyambut kepulangan OpahKu ke Kampung halaman
maka Opah aku
 ber"oOOoooo Balik Kampung OOoooooOO Balik Kampung hati girang~~~~"
melawan arus norma masyarakat pula kah-kah
apapun Alhamdulilah aku tiada pengalaman bersesak di atas jalanraya meredah logam bergerak
dan menjadi kebiasaan kami akan membeli bergantang-gantang pulut untuk membakar lemang dan berkilo-kilo daging membuat rendang
segala urat saraf lemak tulang belulang haiwan korban kami buat sup 
ni antara resepi yg selalu ada setiap kali malam raya
makcik-makcik yang sibuk menganyam ketupat sambil berceloteh

yeahh ini yang mahal, bakar lemang sendiri 
Lemang Haji Yahya

kemeriahan juadah berbuka puasa sehari sebelum Raya
melantak habis!

keesokannya
si teruna segak bergaya bersamping bersongkok pergi ke masjid
dan si dara juga tidak ketinggalan menggayakan pelbagai jenis fesyen raya kelihatan seperti berebut-rebut untuk tampil sebagai Yang Paling Bergaya!

mana tidaknya kalau kat kampus pakai tudung tiga segi ala-ala hakak naqibah
time raya orang pakai shawl die pun nak pakai shawl
kah-kah

so now let me introduce cucu cicit  piut miut Haji Yahya
buat pengetahuan umum moyang Ku sangat masyhur dizamannya
beliau merupakan Guru Besar di sekolah sekitar kampung aku
zaman tu jawatan cikgu sangat famous ibarat CEO SYARIKAT SCHLUMBERGER
sangat dihormati dan dikagumi
sehingga salah sebuah lorong di jalan kampung Menderang diambil sempena nama moyangKu, Haji Yahya
#sisProud
#ProudToBeCicitHajiYahya

kita mula dengan cucu sulung Haji Yahya,
oh ya itu Permaisuri Agung kami, merangkap OpahKu, Hjh Normah bt Hj Yahya :)

ini keluarga Awe (Mak We : merupakan gelaran kepada anak sulung ; Kamus Perak)
sekarang keluarga Awe dah besar sebab 2 org puterinya sudah berkahwin dan aku dah ada anak sedara! yeay!!! #HidupOpahGhos


ini pula Angah (Mak Ngah : gelaran anak ke-2 ; Kamus Perak)
dah biasa panggil Angah instead of Mak Ngah, Angah ibarat nama manja so tak kasar dipandangan mata kami, Angah pun dah ada cucu iaitu Kakak-Adik
generasi kedua selepas aku dan adik aku


dan inilah generasi pertama Kakak-Adik  keh-keh
ini pula keluarga Mak Yang, yakni permaisuri hatiku chia-chia-chia
bila tah nak besar keluarga ni eh! 


ini pula Pak Ude, besar pengorbanan Pak Ude jaga kebun Opah dan sbgainya
hasilnya lihat lah! tujuh keturunan harta dusun takkan habis, buah-buahan dusun yang segar lagi berkualiti sentiasa berbuah tepat pada waktunya! ececeyy

ini pula keluarga Dadak (Mak Andak : gelaran anak ke-5)
cikgu kimia! duduk di Sarawak uhuuuuu jauh bah


ini pula keluarga Pak Tam, all Teruna, haaa ganteng-ganteng ko tau

ini pula keluarga Pak Anjang, banyak jasa Pak Anjang dalam memberi yang terbaik untuk keluarga besar Hjh Normah ni! tabik!

ini pula Cu, mempunyai seorang anak teruna yang Sumpah-Hensem-Wa-Cakap-Sama-Lu
nama die Umar, Umar menjadi lelaki pilihan kami buat anak dara sekalian sesisi rumah kah-kah


lepas sesi photoshoot kiteorang akan beraya ke rumah-rumah saudara yang berdekatan memandangkan Kampung Menderang ni rata-rata semua saudara sepupu sepapat 

ini separuh cucu-cucu Hjh Normah, ramai lagi yang tak balik ada yang belajar oversea, exam dan sbagainya













jadi nasihat hakak kepada yang suka duduk terperap kat rumah yang mengaku die Introvert tu
bawak-bawak la rajin kan diri beramah mesra dengan sanak saudara, rajinkan diri anda untuk beraya

NIAT UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM
dengan saudara mara kita especially yang jauh-jauh hubungan nya
contoh

si fulan ni mak die cucu kepada adik Opah, Opah die anak kepada cucu atok kita
haaaa kan pening kan jauh tu, so time ni la nak kenal!
selamat berhari raya dan selamat beramal !
terus istiqomah laksanakan amalan ketika berpuasa ya
SEMUANYA KERANA ALLAH

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...