ego

andai kata ego tu seorang manusia
aku taknak kawan dengan die
sebab die punca

punca untuk aku dikelilingi dengan masalah

mana tak nya
dengan adanya ego disisi
kau akan rasa kata kau yang betul
kau rasa orang lain yang bersalah
kata kaulah yang terbaik
kau rasa kau lagi bijak dari yang lain

dari 'rasa' itu maka datangnya sahabat kepada ego
iaitu bongkak
bila bongkak menyapa
kau mula rasa marah dan taknak maafkan orang lain
padahal masalah kecil saja
kau perbesarkan
padahal masalah dah settle
kau masih cari sesuatu untuk kekalkan masalah

aku tak tuju pada siapa
benda ni semua pernah rasa cuma tak sedar

kawan-kawan, bila kau start rasa dendam dan marah
mula rasa taknak maafkan seseorang
rasa tak boleh lupakan salah org

cuba kau fikir
apa kau mahu Allah lakukan sebegitu terhadap kau ?
bersifat kasih lah sesama sahabat dan rakan-rakan

apabila bertindak atau mahu respon sesuatu
cuba pejam mata atau bayangkan seketika dan tanya pada diri
"adakah ini akhlak Rasulullah ?"
jika tidak maka hentikan perbuatan itu
BERDIAM DIRI
itu pendekatan terbaik

rasa geram taknak maafkan ?
cuba kau bayangkan penghinaan demi penghinaan
kebencian demi kebencian Rasulullah hadapi 
naaaaahh
ambillah kekuatan dari situ

:)
ya cakap senang

"orang yang sempurna adalah orang yang berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia, nak capai tahap lebih sempurna kita perlu menyempurnakan kekurangan dengan mengajak orang melakukan kebaikan"

apa kebaikan itu ?
cukuplah dengan satu senyuman
sudah mampu mengubat 'yang terluka'
dan yang terluka pula
perlu berlapang dada

jadi ayuh!
berlapang dada maafkan org sekeliling baru tenang hati kita beb *thumbs up



No comments:

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...