oh tunang!

(GAMBAR HIASAN)

baru baru ni hangat kat twitter pasal sorang budak UIA ni putus tunang, dek keranan tunangnya, niqabis (bukan nama sebenar) mengandungkan anak tidak ber-BIN kan siapa

so bila baca luahan perasaan si jejak terbabit, ada la beberapa bait-bait ayat dia yang awok tak berapa nak gemor *bahasaPeghak

antara ayat nya
"aku telah melalui jalan yg sunnah, ni yang aku dibalas"
" jiwa aku mula mati dari dalam terhadap perempuan, agama dan kehidupan" #TunangCikNiqabis

kesian mesti frust
kalah frust Rasulullah mengenangkan nasib umatnya diakhir zaman
kalah frust Rasulullah bermati-matian sampaikan Islam, Allahuakbar

aku tak nampak mana releven nya nak salahkan agama dan sunnah bila berhadapan dengan situasi sebegini


mari kita muhasabah dan ambil pengajaran dari kisah si jejaka tadi

PERTAMA

sebab apa kita amalkan sunnah?
adakah semata untuk memikat hati gadis gadis niqobis yg bermata cantik atau
kerana kasih dan cinta kita kepada Nabi, manusia paling Agung, Kekasih Allah yg banyak mengorbankan segala-galanya untuk ummat

apa pun aku xlayak menilai niat beliau, mungkin saja die typo dan bermaksudkan lain

kita cintakan seseorang itu kerana siapa?
inilah yg dinamakan CINTA BUTA!
kalau kita citakan seseorang kerana akan seseorang itu maka meranalah seperti jejaka terbabit sehingga agama dan kehidupan turut terkorban dan dipersalahkan
kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah, maka situasi dan ayat MAUT tadi pasti tak terkeluar, HIDUP BIAR BERTUHANKAN YANG MAHA PENCIPTA BUKAN BERTUHANKAN YANG DICIPTA

apa tujuan untuk berumah tangga?
sangat penting! bagi yang matang dan berfikiran waras serta beragama mempunyai pegangan yang mantap, seseorang muslim itu akan pastikan sebelum mendirikan rumah tangga dia akan betul-betul 'memilih' siapa IBU/PENDIDIK kepada anak beliau suatu masa nanti, bukan main pilih
"ahah! mata ibarat mutiara, pakai purdah pulak tu! ok on!"

 pilih pasangan bukanlah seperti memilih pakaian di pasaraya TESCO duhai sahabat! pasangan  inilah yg akan membentuk generasi ummah yang akan datang! pendidikan bermula daripada rumah, ambilllah kata-kata dari salah seorang ulama yang masyhor

“Walaupun telah selama lapan puluh tahun umurku, aku telah belajar daripada lapan puluh ribu guru, namun aku bersumpah bahawa ajaran dan didikan yang paling kukuh, mantap dan bagai diperbaharui setiap masa adalah didikan dan ajaran maknawi yang aku dapat daripada almarhumah ibuku kerana ajaran-ajaran itu telah sebati dalam tubuh maddiku. Aku melihat dengan mata sendiri bahawa ajaran-ajaran lain telah dibina di atas benih-benih itu.”
- Badiuzzeman Said Nursi

bila belajar kitab risalah annur, bab muslimah, sentuh pasal perkahwinan, Allahuakbar memang rasa tak layak langsung aku nk kahwin, banyak benda yg kurang, byk benda yg perlu dipelajari dan byk perkara yg aku taktau dan mesti tahu sebelum masuk alam perkahwinan!!!

aku taknak bersyarah panjang bab 'persediaan sebelum perkahwinan' memang tak layak, better korang sendiri pergi kuliah agama dengar sendiri pengisian baru meruntun jiwa raga, betapa besar amanah dan tanggungjawab, 

memang la nak elakkan zina, kahwin muda bagus, tapi kalau dah DIUJI sedikit melalak sampai agama pun terkorban, maka banyak-banyakkan istighfar 
apa-apa pun jangan salahkan Tuhan, Allah dah beri segalanya, bersangka baik dan perbaiki diri, semua yg terjadi semuanya berbalik kepada kita, kadang-kdang kita tersalah niat, 
impian untuk berumah tangga tu suci, maka itu salah satu cara Allah nak perbetulkan balik niat kita

mungkin aku boleh bagi nasihat buat masa sekarang, mana tau masa akan datang aku diuji seperti si jejaka terbabit, aku pulak yang melalak, nauzubillah wallahualam, maka dari sekarang 

TEGUHKAN HATI DENGAN ZIKRULLAH, SELAWAT DAN TAHAJUD

#budakBaruBelajar




BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)

muslimah hipstur

dah nak habis sem 1 baru la terheggeh-heggeh nak tulis blog, kalau la blog aku ni ada perasaan mesti die dah lama tacing dgn aku, KAH-KAH

ok let start

till now aku ingat lagi conversation dengan tutorial-mate aku kat PASUM dulu

ceritanya begini

sedang solehah menunggu kehadiran tutor nya masuk, solehah sibuk meng-scroll insta nya *tolong jgn contohi solehah, sebelum tutor start mengajar eloklah belek-belek balik tutorial lepas dan buat revision paling tidak mengaji la kejap apa salah kan winkwink #tipspelajarDekan

so si solehah pun tegur si gamer

"weh mal, kau takde insta ke? xnampak pun insta kau?"

si gamer yang bernama mal(bukan nama sebenar), tanpa memandang si solehah, acuh tak acuh jawab

"hah, malasla, nak buat apa, nanti aku nak cari bini, kalau boleh die xde insta, aku tak suka doh tengok perempuan selfie mulut muncung bagai, PEKEBENDA tah! hahahahha"

dalam hati si solehah*warak alim ulama' jugak mamat ni

walaupun gamer al-mathurat di tangan beliau tak pernah terlepas *respect!
dalam hati si solehah lagi

"perghhh nasib baik aku xletak gambar selfie, kalau tak rasa mcm kena PENUMBOK"

solehah pun respond terhadap kata-kata si mal

"hmm aku pun setuju dengan kau, bagi aku insta ni tak salah untuk wanita, kalau die just nak sharing moment hidup die, tambah pulak die selit ayat-ayat Al-Quran, selit unsur dakwah, 
yang salahnya bila guna takde arah tujuan, aku pun tak setuju perempuan yg letak gambar selfie, ibaratnya mcm 'aku cantik, tengoklah wahai dunia, aku lah wanita tercantik' hahahaha kan"
si gamer, mengangguk tanda setuju

----------------------------------------------------------------------------------------------------

sekadar pendapat, bagi aku, kecantikan seseorang wanita itu MAHAL untuk dilihat untuk semua ajnabi, biarlah kecantikan itu dilihat kepada yg berhak yakni si suami, maksudnya, biarlah Allah dan Mr.Right saja yg tahu
"wahhhh cantik minah ni" walaupun die tak secomel heliza helmi, dan secantik diana amir, aku yakin dan pasti! setiap wanita tu ada kecantikannya yg tersendiri, hanya yg BERTUAH saja dapat lihat dan perasan akan kecantikan beliau, trust me! :)

aku tak cakap yang insta aku semua nya berunsur kan dakwah, ada je just sekadar share moment yg aku rasa 'this is so precious moment!' so aku upload so that gmbr tu sentiasa dlm kenangan, memandangkan phone aku ni byk ragam asyik hang dan terdelete dn ssbgainya haaaaaa, ahahaa

boleh je nak berinsta, tapi biar bermanfaat *pesanan buat diri juga, dan kalau setakat nak tayang 
OUTFIT OF THE DAY ke, selfie mulut muncung, sengih sensorang tunjuk pipi gebu tu, hehehehe takpelah simpan la dalam handphone awak ye syg, bagi papa mama kita tgk
"cantik jugak anak aku ni"

eheeeee sekadar perkongsian! minta maaf ada terkasar bahasa jgn ambil hati ya, ambil yg jernih buang yg keroh! jom jadi WANITA MAHAL!

BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)