luaskan pengetahuan


kalau dulu bab buku fakta memang aku tak minat tambah pulak sejarah bagai, ya Ampun
sejarah memang aku hafal untuk lulus SPM je!

"setiap sesuatu bermula dengan niat,seseorang itu akan dapat apa yang diniatkan 
(HR BUKHARI MUSLIM)" *kalau salah tolong betulkan
maka SPM subjek sejarah aku dapat A

sekarang trending
novel Melayu

terlanggar CEO-mak suruh kahwen- kahwen paksa-honeymoon-gaduh-abangsayang-THE END

10 novel laris, 10 jalan cerita yang sama, tukar pelakon je!
WAHHAHAHA
tak berkembang langsung pemikiran

dah masuk Universiti Malaya, bergelar Mahasiswa
rugilah kalau tiada perubahan dari segi pemikiran dan pengetahuan

UM ni apa yang aku kagum, program nya 24 hour setiap masa, setiap hari ada je program yg menarik
berpuluh-puluh persatuanyg ada
tinggal kita nak atau taknak je pergi dan libatkan diri

JANGAN JADI PELAJAR 4K
(kolej,kafe,komputer,kuliah)
sangatlah tak produktif

manfaat kan zaman universiti dengan mengisi masa lapang  menghadiri majlis ilmu 
atau perbincangan ilmiah
sangat menarik!!!

dengan izin Allah, tah macam mana aku boleh menjadi pengerusi majlis untuk satu event bedah buku
dari situ  aku start  berminat dengan dunia sejarah

maka aku pun dapatkan buku ni sedaya upaya
tapi in sya Allah kali ini matlamat untuk mempelajari sejarah lebih jelas
FAHAM DAN INGIN MENGETAHUI
 yang best penulisnya adalah pensyarah dari UM sendiri, baru la ada aura!!!!
ehhehehhe



alhamdulilah,ini  rejeki namanya
*senyum sampai telinga



siapa untuk aku berharap?

siapa untuk aku berharap memberi kejayaan kepada aku?
siapa untuk aku berharap adanya rezeki untuk hari esok
siapa untuk aku berharap beri aku kejayaan pada masa akan datang?
siapa untuk aku berharap untuk hadirkan peneman hidup yang boleh membimbing aku ke jalan kebenaran?
siapa untuk aku berharap untuk luluskan aku dalam subjek CPP, subjek yg paling susah dalam chemical engineering?
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ya Allah, tuhan aku yang menciptakan aku
study lah lama mana pun, focus la kau sampai tertembus kertas tu
boleh ke kau dan aku jamin kejayaan tu milik aku?
TIDAK
sebab aku percaya KEJAYAAN DATANG DARIPADA ALLAH
Allah dan tunjuk cara
Usaha
Doa
Tawakal
but still kejayaan tu aku belum pasti untuk aku kecapi
tpi aku percaya
Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik buat diri aku
maka aku tak perlu risau, asalkan 
tiga resepi tu sudah aku laksanakan maka aku berlapang dada apa jua keputusan peperiksaan yang aku dapat
maka
aku tak berdolak dalih untuk tidak pergi usrah, untuk ke kuliah agama
untuk mengisi saki baki masa lapang aku mencari ilmu akhirat
tak ku nafikan berada ni aliran sains ini agak mencabar dari segi teori dan formula
beruntung mereka yang berada dalam aliran agama, semakin hari semakin tambah kefahaman mereka terhadap agama, aku takkan jadikan alasan "ahh aku budak engine"
pun boleh mahir dalam bidang agama, cuma aku perlu cari jalan untuk mendapatkan ilmu itu,

acapkali kakak usrah ku berpesan
"jgn lupa baca quran"
"jom hadiri kuliah"
sungguh pertama kali agak berat
dalam kepala otak ku asyik pikir study study study
aku nak exam, aku nak study dan study

aku buang perasaan tu sekejap, ikut sahaja kehendak kakak usrah ku
bila dah lama-lama 
baru aku rasa kemanisan tu
rasa dia mcam ermm
bila org ajak kau hadiri kuliah agama
kau berat nak tolak
kau akan usaha settle kan kerja study kau semua agar kau dapat hadir ceramah tersebut
walaupun
"ala ceramah ustaz biasa je pun"
yang penting barakah itu!!!
ya berkat

ingin sekali aku berkongsi rasa ini
wahai teman wahai hati,
 jangan pernah rasa rugi
untuk  hadir kuliah agama
jangan pernah  rasa rugi untuk hadir berusrah
jangan pernah rasa rugi untuk membaca al-quran dari maghrib ke isya
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah
yeng demikan itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 9:41
apakah kau tidak percaya?
apakah kau tidak nampak ganjarannya ?
apakah kau tidak percaya akan janji Allah?
buka Al-quran tadabbur setiap bait-bait kata Penciptamu
ambillah satu ayat al-quran yang boleh jadi penguat buat dirimu duhai sahabat
semoga 
apabila kau goyah dan berasa sangsi dan ragu-ragu, pasakkan ayat tu dalam hatimu
kelak kau bertambah yakin dan sabar dan tabah untuk terus bermujahadah
dunia ini hanya sementara, manfaatkan masa belajar kita zaman di universiti untuk mencari ilmu sebanyak mungkin, baik dunia dan AKHIRAT
yaa ibu dan ayah kau hantar ke universiti untuk menjadi seorang doktor dan jurutera
tapi hanya sampai disitu sahajakah?
PERJALANAN KITA MASIH JAUH
MASIH BANYAK HAK KITA KEPADA AGAMA DAN HAK KITA KEPADA TUHAN YANG BELUM KITA LUNASKAN
jadilah doktor yang tebal imannya, jadilah jurutera yang tinggi ilmu agamanya
agar bermanfaat buat ummat yang tercinta

#InspiredLagendaBudakUsrah

i promise

teringat dulu, masa kecil, linkungan umur dalam belasan tahun *acah dah umur 20 meskipun taklama lagi yieehaaa!
tiap kali demam, ibu melayan aku persis seorang puteri raja
mana taknya, sambil terbaring kaku di atas katil, ibu asyik tnya
"akak nak makan ? biar mak masak?"
aku hanya mampu menggeleng sebab yela demam panaS, Allah tarik nikmat selera makan kejap
"akak nak minum air apa?"
time demam aku suka minum air manis, contohnya mcm sirap ais,sirap limau, milo ais
order air dah mcm mkn kat warung
then, my mom pun buat la air manis manis, tgk aku makan tak apa tak hanya mampu minum
ibu try hard nak tgk anak die sembuh balik
lpas minum, ibu akan usap dahi aku, lap badan aku dgn kain basah, sambil tu baca doa al-Fatihah
terkumat-kamit mulut die baca doa, jampi serapah supaya anak kesayangannya cepat sembuh
time ni ibu masih kuat bekerja lagi, badannya sihat
KINI
bila dirinya dimamah usia
ibu asyik sakit, sakit kaki ibu dari dulu memang tak terubat, kau bagilah
ubat paling mahal sekalipun kesengsaraan menahan kesakitan kaki tu
hanya die je yang tahu bertapa perit
perit juga mata yang melihat ibu menahan kesakitan tatkala penyakitnya menyerang
sampai menitis airmata ibu
TAPI
sayang, bila tiba ibu sakit, aku tiada disisi dia
aku merantau jauh, mencari sesuap ilmu,
bukan apa
niat agar dengan ilmu ni suatu hari dapat ubah hidup kami
ada rumah sendiri, takpayah bergantung pada orang lain, nak bayar hutang piutang
lumrah hidup seorang perantau untuk tinggalkan orang-orang yag tersayang dan harta *walaupun tiada harta 
kisah perjuangan para nabi dan ulama menjadi tauladan buat diriku, salah seorang ulama yang aku kagumi ialah Buya HAMKA ulama terkenal dengan suka merantau mencari ilmu dan manusia paling agung, Rasulullah yang sentiasa merantau menyebarkan Islam,
semoga aku mengikiut jejak Rasulullah dan para ulama
tiap kali aku balik cuti, aku takkan lepaskan peluang untuk urut kaki ibu
ibu rasa seronok, die kata setiap kali aku urut kesakitan die hilang
alhamdulilah
sesungguhnya Allah itu Maha Penyembuh
ibu siap puji aku,
"pandai akak urut"
siap suruh aku buat mesin urut khas untuk die
al-aklum anaknya yg gigih belajar dalam bidang kejurteraan
kalau diberi ilham, nak je aku robotik kan tangan aku ni so that
bila ketiadaan aku, bolehlah 'artificial hand' ni urutkan kaki ibu
hehehhehe
ye sayang sekali, aku tiada disebalah die di saat die sakit
jujur, aku tak mampu nak layan ibu sepertimana ibu melayan aku waktu kecil
aku hanya mampu berdoa dari sini (tempat aku belajar)
semoga Allah merahmati ibu ku, semoga ibu berada dibawah perlindungan Allah
setiap kali aku makan bermewah-mewahan di kuala lumpur, aku teringat
"ibu abah makan apa kat kampung?"
setiap kali aku gelak riang ria bersama rakan, aku teringat
"ibu abah ok buat apa kt kampung? dieorang ok ke?"
ahhhhh subahanallah,Allah saja tempat aku bergantung

pernah juga terlintas di hati aku
"ya Allah kalau kesakitan yg ibu tanggung ini adalah satu penghapusan dosa maka aku redho, Kau ampunkalah dia, berilah ibu ku kesabaran dan ketabahan menanggung rasa sakit itu"
hati aku lega, dan aku tak sedih
 tiap kali ibu mengeluh kesakitan aku pandang Allah sedang hapuskan dosa ibuku
hati aku jadi lapang
sebab aku nak pengakhiran ibuku adalah syurga :)
(tajuk diatas adalah lagu kegemaran aku setiap kali aku rasa rindu untuk dekat bersama dengan ibuku, lagu dendangan Harris J, i promise)
#kasihIbuSampaiKeSyurga
#SyurgaDibawahTelapakakiIbu
#HidupSeorangPerantau

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...