qada solatmu

for this entry I'm wanna talk about, 
"QADA SOLAT MU YA MUSLIM"
since just now I've update status about that so why not I didn't share right ?

*can I continue my dakwah in malay ? because I'm still 'merangkak-rangkak' learning english and speaking since my languange class is not end yet 

apa maksud qada ?
BAHASA = menunaikan dan membayar
SYARAK = menunai ibadat diluar waktu atau masih dalam waktunya
kita wajib meng'qada' solat sama ada tinggal secara sengaja mahupun tidak,especially kepada yg terlupa dan tertidur sangat-sangatlah wajib yee. Allah itu Maha Penyayang wak :)

andddd siapa yg sengaja tinggal solat contohnya mcm ni
*dh masuk waktu "aaah malasssnyee nk solat, nnti-nnti jela, sembang boleh qada" *nmpak tak betapa gemuk setan die ? hehehe
org jenis ni kalau die qada solat pun ada sesetengah pendapat ulama' TAK SAH,  naaah hamek kauu, ia harus memperbanyakkan solat sunat ..peringatan! HUKUM ALLAH jgn ambil ringan, kita sedang berhadapan dengan hukum YANG MAHA BESAR
menurut mazhab jumhur pula ia berdosa dan WAJIB mengqada solatnyaaa
kire conclusionnye, kau sengaja tak sengaja QADA JUGAK SOLAT KAU TU !!

so prof, how to qada our solat ?
okay let me tell you, qada solat ni sama je mcm mana solat fardhu dilaksanakan, contoh nye tertinggal solat zuhur 4 rakaat, maka qada lah solat zuhur mu yakni 4 rakaat jua, tayyib
niatnya ialah "sahaja aku solat fardhu zuhur qada 4 rakaat kerana Allah taala" *ikut waktu la yeee ini sekadar contoh waktu zuhur
jadi bila boleh qada solat ?
anytime my dear, kecuali waktu terbitnya matahari dan terbenamnya matahari, waktunya mcm la jugak kita solat taubat :)

okay mari aku kongsi sedikit
si polan ni dia sedar dulu dia byk tinggal solat especially solat zohor dan asar, oh die ingat lagi time tu die tingkatan dua, sekolah sesi petang pulak tu, masuk kelas dlm pkul 2, can you imagine mcm mne nak rush ? masuk wktu solat pulak pkul 1.30, kene kayuh basikal lgi, ahh sempat ke? tambah-tambah time tu budak lagi so si pulan ni kebuntuan, kalau sempat,sempat la,kalau tak sempat solatla kat sekolah
okay, so kat sekolah member pulak 'kaki ponteng solat' naaah lagi sodap la setan menghasut ye dak?
si polan ni pun hanyuuut, tiba waktu rehat, cikgu pesan
"awak semua jgn lupe ye solat asar lepas rehat"
mula-mula tu bergerak jugak la kaki ke surau, gagah kan juga kaki tu, tapi lama-lama si pulan ni hanyuut dek terikut-ikut kawan-kawannya, Nauzubillah

sekarang dah besar, Alhamdulilah byk sifat jahiliah dlm diri si pulan ini telah di'nyahkan.. ramai jugak ustaz-2 dan ustzah-2 menegaskan
"qada lah solatmu!"

ayat plg terkesan
"Allah bgi kita peluang kehidupan, as you can see now we're still alive, Alhamdulilah, sedangkan manusia yg dalam tanah berebut-rebut ingin mengqada solatnyaaa, kita yg hidup ni masih lalai lagi" -ustaz dot dot dot 

bayang kubur je dah ketaq-ketaq lutut,  tak terbayang azab dlm kubur, kawan-kawan nak tau tak mayat dlm kubur tu die nak sangat berzikir kepada Allah sekurang-kurangnya menyebut kalimah "ALLAH" kerana fadhilatnya begitu besar subhanallah, tapi hakikat si mati tidak mampu, kita si hidup ni apa lagi ? JOM ZIKIR!!!!!!!
 
*sambung cerita si pulan

dengan taufiq dan hidayah yg diberi Allah, si pulan ni gagah perkasa menqada solatnyeeeee
mula-mula tuu payah jugak, terdetik jugak kat hati 
"aah beratnyee nanti jela aku buat"
tapi die tepis semua kata-kata tu sebab si pulan ni tau itu HASUTAN SYAITAN YG DILAKNAT
maka die pun amalkan, Alhamdulilah sekarang si pulan ni rasa mcm ringan je badan die nak lakukan solat qada setiap kali lepas solat fardhu, cumaaaa die risau
bila dah masuk alam pekerjaan,alam rumah tangga,
"adakah aku mampu untuk istiqamah melakukan ibadah ini?"

cepat-cepat si pulan ni tepis kan lagi kata-kata tu, kata-kata tersebut seperti ingin melemahkan semangat si pulan
masa akan dtg Allah je Maha Mengetahui, selagi kita mampu lakukan MARI KITA  LAKUKAN SOLAT QADA!!!!

#JIHAD LAWAN NAFSU
*kalau salah tlg tegur yee

haid wanita


yoow wassup yo williee willieee yoo *memandangkan Altimet menang AJL,sorry takde kene mengene
punya berhabuk blog aku, bersawang dah lama tak story morry, so btw lupakan pasal cerita 'cik senah ohsem' btw timetu aku tengah moody, so aku reka laa mcm ada kaitan laa kan, "kisah moody profshima" *konon bila dah cheer up balik tetiba blank tak tau nak sambung cam mane ken ? okay skip

aku cadang lepas ni aku nak buat
kuliah agama online
WAHAAAA besar betul cita-cita aku

okay topik today is *sila lihat tajuk entry di atas
memandangkan ahad lepas aku p kuliah dhuha dengan ibu tersayang di masjid al-ihsan membincangkan tajuk HAID WANITA

*panjang nyee muqaddimah kak -.-

asas pengetahuan darah wanita terbahagi kepada 3, yakni :-
1) HAID
2) NIFAS
3) ISTIHADAH

menurut Imam Nawawi *kalau salah betulkan memandangkan aku keliru Imam Nawawi ataupun Imam Tarmizi HEHEHEHEEEE

"dalam banyak-bnyak bab feqah, bab Haid Wanita paling susah"
jadi ini jelas menunjukkan bab ini yg harus ditekankan, memandangkan ramai orang pandang enteng terhadap bab ini, oh yee 
kepada kaum adam jangan ingat anda tidak perlu mengaji bab ini yee 
saya ulang kaum adam pun PERLU mengaji bab wanita ini, yelaa hangpa pun nak kahwin kan, ada anak, adik perempuan, sanak saudara, emak... anda perlu terang kepada merekaaa

tayyib, sambung

wanita yang satu-satunya tidak didatangi haid ialah Saidatina Fatimah, yakni puteri Rasulullah yg tercinta, sebab tu beliau digelar AZ-ZAHRA (yang terlindung dan putih bersih)
ulama mengatakan hikmah beliau diberi kelebihan ini ialah
supaya tidak ada sebarang waktu yang beliau lalui tanpa beribadat
masya Allah... beliau merupakn insan yg terpilih.. hebat bukan ?

so kali ni aku nak kaitkan dengan keadaan kita sekeliling
baiklah, macam aku kat mrsm dulu budak-budak "pe'ot" duduk kat DM(dewan makan)
so bila hari biasa ada budak lelaki nak bukak puasa yg kaki malu ni punya la penyegan siap tunduk, menyorok taknak bagi budak lelaki kelas depa tahu, katenyerrr. yang otai biaq pi la kan aku period ka apa ka kesah apa... macam kakak adik mak hang tak period ? *wahaaa positive sungguh

so sini cek nak jelas kan, pada surah Al-Baqarah, ayat 222 ;
"darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudharat. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhi diri dari perempuan dalam masa datang darah haid itu (jangan bersetubuh dgn isteri kamu)"

hayati betul-betul ayat tu,
Islam sangat sederhana
bukan macam orang yahudi yg memandang hina terhadap wanita yang berhaid siap suruh dok luar rumah, tak boleh masak, xboleh basuh baju, kira memang tahap hina gaban laa, bukan macam orang nasrani yang sangat tidak ambil peduli pasal wanita yang didatangi haid, 
'main redah lampu merah' *double meaning
Islam itu indah bukan ? tak terlalu ekstrim dan tak terlalu memandang ringan, Islam hanya melarang JANGAN BERSETUBUH ISTERI KAMU YG DIDATANGI HAID, bukan seperti yahudi dan nasrani

so adik2 kakak2 tak perlu la segan bila orang dok tanya
"napa tak solat ni cek ?"
jawab ja
"datang bulan boh"
kita bukan nya yahudi akan dihina dan kita bukan juga nasrani :) jgn risau yee

Allah memuliakan wanita dengan didatangi haid sebab keluarnya darah haid ini adalah untuk menyegarkan badan dan menolak segala penyakit, nak tahu ? emas tu macam magnet yg menarik virus, bila wanita pakai virus tu ada dlm darah dan seterusnya dibuang melalui 'menstruation' haaa hebat bukan?
sebab tu lelaki haram pakai emas, sebab lelaki tak ada haid ngehngehngeh



okay la dah nk smpai penghujung, tips untuk tambah pahala ketika period
setiap kali masuk waktu solat niat lah
"Ya Allah aku niat tidak solat kerana menjunjung perintah Mu " *dapat pahala
ada kelapangan baca Al-Mathurat, berzikir, dan oh yaa amalkan doa ini

"Alhamdulilahi aalakulli halin wani'matin waastaghfirullah aala kulli zhanbi"
*fadhilatnyaa mendapat balasan syurga.. Allahuakbar

# sorry atas kekurangan mana salah sila betulkan saya berlapang dada :) sorry banyak membebel, ilmu yg bagi seciput jaaaa memandangkan aku baru nak belajar bab ni heee :)

oh yaa sedikit pesanan rajin-rajin kan diri anda, kalau boleh paksa diri tuuuuu pergi kuliah agam menuntut ilmu, wajib tau mengaji ni, kalau tak, tak sah ibadah kita tanpa ilmu, nauzubillah, once pergi mesti rasa nak lagi pergilaaaaa.. cek rasa mcm malas nak cari kerja rasa nak batal je niat cari kerja sebab dah terlalu asyik dgn kuliah-kuliah agama, takut nanti terganggu waktu mengaji tak pergi RUGIII
"demi masa, manusia itu dalam kerugian"

kids lover

punya semangat  laa kan aku ni pukul 9.15 dah ada kat bank, aku org no. 3 ambil no.pin kat BSN ahhaaaaa lengang, lapang, nyaman, tup tup balik rumah isi upu online buat hal, tak tau la plak aku sorang je ada masalah isi maklumat kan
so skip
lepas belli no.pin upu, aku menuju ke KEMAS,PUSAT MENJAHIT a.k.a sewing class
perghhh, menguji kesabaran, aku suka menjahit sebab dlm masa yg sama aku dapat develop kesabaran yg tinggi dlm diri aku, sat-sat jarum patah, sat-sat benang putus, sat-sat mesin hangit -.- *nmpak tak betapa HEBAT BELAKA prof.shima kau ni menjahit
sewing class sesi pagi agak ramai, memandangkan ramai dah ke hadapan yg aku masih ketinggalan terkedek-kedek nak guna mesin, dan aku byk skip kelas menjahit since aku kene setelkan LESEN Lembu aku, latihan lgi 6 jam wooooi, bila tah aku dapat merwwwmpitzzz KEHKEHKEH
okay okay aku dh manyak lalut, so tadi aku ckp sewing class sesi pagi ramai kan? so mesin pun penuh, takdak yg kosong, aku pun buat muka BANGGLA MENGANGGUR, pastuh main la dengan anak-anak makcik yg dtg menjahit tuu
YA ALLAH comel gilaaaaaa budak ni, 
*okay aku excited nak cerita ni, dengar la dengar laaaaa
ada budak lelaki ni, aku taktau apa nama dia, rayyan ka arash ka, tapi handsome muka dia, HEHEHE budak laaaa, belum mumaiyiz lagipun, mak die garang tau, so aku pun kesian la tgk die, die bagi aku coklat so aku pun bukak, pastu buat lawak-lawak, main-main dengan dia, pastu kan pastukan budak tu asyikpeluk aku je
hehehe comel gila weeeh
aku : adiikkk, meh sini, give me five 
adik handsome lagi comel : *lari kat aku sambil CLAP, pastu lompat kat aku then peluk aku, then gelak comel
aku : alolooooooo sukenyeeeerr dieeee
adik : emm emm emmm *tunjuk pipi suruh aku cium
aku : *aku cium la pipi die *pastikan korang baca dari awal tau jgn bukak page ni terus baca part ni *HAHA
adik : *cium aku banyak kali, *HAHA berlemuih muka aku

lepastu adik perempuan die pulak datang, lagi comel doh, mcm DORA EXPLORER, cooomeeeeel eee
lepastu ada baby mata bulat datang merangkak kat aku, Ya Allah, ni lagi comell
HAHAHA baby mata bulat ni baik, tak nangis, asyik senyum jeeee, 

lebih kurang umur mcm ni la budak-budak nye, tapi still pelat-pelat lagi 

haaaaa baby mata bulat tu lebih kurang mcmni sejibik, mata boolat, rambut kerinting keperangan

erghhhhhhh gewwraaamm

conclusion nak ckp, tak semestinya orang yg penggeli kucing  hatinya keras membatu, HEHEHEHEHE

nak selit la sikit untuk santapan rohani, buat baik dengan budak-budak ni salah satu sunnah tau? yee tau kucing pun, HAHA *jgn salahkan ibu yg mengandung LOL... juga salah satu sifat RASULULLAH YG TERCINTA, kalau nak tau betapa penyayang nya RASULULLAH YG TERCINTA kita terhadap kanak-kanak, haaaa rajin-rajin la menghadiri kelas ilmu agama yeeeeee,

tayyib, mana yg baik ambil, mana yg kurang dan takbetul silap ka apaaa cek mintak maaf nah ?

wallahualam *mari menjadi hamba ALLAH yg mukmin :)

muslimah gagah

nak dengar cerita pasal seorang muslimah yg gagah tak ? hehehehhe
the story begin.......

pada suatu hari, seorang muslimah handsome bernama 'senah ohsem' kawan baik 'cik beah ohsem' berjalan di suatu taman yg indah
angin bertiup mendayu-dayu, bunyi kicauan burung, tenang sekali keadaan disekeliling, bunyi air sungai yg mengalir di tepi taman amat mengasyikkan , nature sound amat mendamaikan, tau sebab apa? alam ini semua yg hidup semuanya bertasbih kepada ALLAH azza wa jalla 
senah ohsem manfaat kan suasana yg indah ini dengan bertasbih kepada YANG MAHA ESA, berselawat, senah ohsem berasa kagum sekali dengan ciptaan ALLAH S.W.T, alam inilah buktinya ALLH itu wujud, alam ini juga buktinya ALLAH MAHA AGUNG,MAHA BERKUASA, MAHA PENCIPTA *asmaul husna

"Ya Allah, mudah-mudahan aku kecapi kebahgiaan yg kekal abadi" *doa senah ohsem dlm lubuk hatinya

betullah kata orang, siang tak berpanjangan
sedang senah ohsem menikmati keindahan alam, guruh sambung menyambung,
hujan renyai mula membasahi pipi kemerah-merahannya,
"Ya Allah, tiada tempat teduh di sini, lindungi aku Ya Allah, engkaulah sebaik-baik perlindungan" *senah ohsem menadah tangan berdoa dgn penuh harapan

senah ohsem berjalan ke hulu ke hilir cari pokok yg boleh duduk berteduh,
ahaaaaaa, JENGJENGJENG, 
cantiknyaaa pokok tuuuuuuu, besar teduh, rendang, daunnya segar, ooh haaa ada buah-buahan sekali *bayangkan pokok tu bersinar keemasan dari jauh BLINGBLINGBLING *HAHA
"Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah" *detik rasa syukur dihati senah ohsem

tanpa berlengah, senah ohsem berlari menuju pokok rendang itu, lari punya lari, 
"kenapa aku rasa jauh sgt pokok tu? Ya Allah, hujan makin lebat"

senah ohsem tak berputus asaaaa, dia terus berlari lagi menuju pokok itu...

continued


mak cik muda yg handsome


habis je class english abah hantar aku pergi masjid an-nasriyah untuk menuntut ilmu agama pulak al-maklum diri ni jahil so dgn menghadiri majlis ilmu yg barakah ini mudah-mudahan Allah S.W.T suluhkan cahaya Nur-NYA menerangi hati yg kelam ini, insya Allah

so sebelum tu solat la asar dulu kat masjid tu oh yaa jgn lupa yee solat tahiyatul masjid, rumah Allah kene hormat tu, rumah YANG MAHA BESAR :)

so nak jadikan cerita, aku solat punya solat dlm rakaat kedua, adik-adik yg sekolah agama sekitar masjid tu pun masuk la masjid play around dah habis sesi pelajaran kan,

so ade la adik-beradik ni, kakak die dlm linkungan darjah tiga adik die darjah dua mcm tu la, comel lote 
yang si adik tu main lari-lari dekat sebelah aku

kakak die tegur

"adik, jangan la main dekat dengan makcik tu, makcik tu tengah solat"

aku rase "whaaaaat ?? muka handsome ceni u owllllsss panggil makcik ?"
kehkehkeh kesan anti-penuaan kot HAHA 

COMANGO

nate gapo dio tu mu dok carut tuh ? COMANGO ?
ape GO? 
ni kawe nak habaq mai, hangpa penah dengaq tak COALITION OF MALAYSIAN NGO (COMANGO)
kalau tak paham lagi COMANGO tu ialah pakatan pertubuhan-pertubuhan pro kebebasan mutlak dan hak asasi manusia
*uuiiih nate gapo dio lagi ni kawe tak peheee
kat Malaysia ni ada 2 isu besar dok pumpang-pumpang habis
1) harga barang naik
2) isu COMANGO
*TAHNIAH kepada yg alert akan masalah negara CLAPCLAP
kepada yg tak tau, ada 54 pertubuhan bukan badan kerajaan bernanung dibawah persatuan ini, mereka telah menghantar seramai 70 orang wakil untuk meluluskan tuntutan mereka, Alhamdulilah setakat ni wakil Malaysia belum lagi tandatangan tuntutan mereka, yang mana tuntutan mereka boleh membangkitkan kemarahan UMAT ISLAM dan lagi bala membangkitkan kemarahan YANG MAHA ESA, yang mana manusia kini sudah tiada rasa hormat kepada AGAMA YANG SUCI YAKNI ISLAM
apa sudah jadi DUNYA?
antara tuntutan COMANGO ialah : - jengjengjeng
1) menuntut Malaysia tandatangan dan memeterai ICCPR *search google aku takreti nak jelas ape CPU tah nate tu jadahnye la ICCPR
2) menuntut agar Malaysia kita yakni negara Islam menghalalkan LGBT
3) menghapuskan undang-undang jenayah liwat. kiranya mereka menuntut jenayah LIWAT dihalalkan di negara ini

4) Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.” contoh yg ustaz mazlan kasi, isteri boleh ceraikan suami, naaah kau ramai duda kat Malaysia, "HEY LADIES! jgn mau dibilang lemah" <--- agaknya terpengaruh dengan lagu Rossa kot HAHA
5) bebas beragama, dan kalimah Allah boleh digunakan oleh non-muslim
6) pengaruh SYIAH diperluaskan dikalangan orang-orang Islam
NAUZUBILLAH... mengucap banyak-banyak, effect generasi akan datang, cuba bayangkan anak cucu kita yakni yg beragama Islam kahwin 'gitu-gitu' dengan org Kristian, KALAU benda ni diluluskan, apa jadi ? nganga jelaaa

jadi kepada yang dah tandatangan surat bantahan COMANGO Alhamdulilah semoga ia menjadi saksi dan bukti di akhirat kelak bahawa kita menegak agama Allah dan menentang habis-habisan pertubuhan ini yang mana boleh menghancurkan ummah, kepada yg belum naaaaaah click link ni

http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

haaa sign yeeeee, *CENGGIH kan dunya sekarang ? tak payah pakai pen nak sign guna tikus je kehkehkeh

wallhualam, semoga Allah berkati kehidupan seharian kita :)


murakabah

Alhamdulilah, setelah lama aku nanti kan inilah masanyaaaaaaaa
JENGJENGJENG
-----> dapat masuk INTEC bulan JANUARY
-------> DAPAT PERGI 'TAMAN SYURGA' / CERAMAH AGAMA by Ustaz Habib Najmuddin

sumpah Happy tak terkata, selalau kat maktab dulu, setiap petang atau sementara tunggu waktu Isyak ada tazkirah by Ustaz Zaki atau Ustaz Lan, Ya Allah rindunyaaaaaaa, tambah-tambah slot hafazan *even aku pernah tersengguk-sengguk menghafal Surah Yasin
kuangkuang
untuk menjadi hamba Allah yang Mukmin, setiap hambanya yakni umat Nabi Muhammad S.A.W perlu mempunyai sifat MURAKABAH

apa bah ? 
jika anda perhatikan rumus yang telah dihasilkan oleh profshima
murakabah = rasa diri sentiasa di awasi oleh Allah S.W.T
masyaAllah.... kalau kita praktik kan sifat tu
insya Allah.. kalau kita nak buat maksiat tak jadi, kalau kita nak mencuri tak jadi, kalau kita nak ponteng sekolah tak jadi, kalau nak jadi playboy pun tak jadi *uissshh, sensitif nyeeeee
jadi from now, jom kita hadir kan SIFAT MURAKABAH dalam diri kita ye sahabat
 yang suri rumah sepenuh masa macam aku (gegirl lepasan SPM) duduk rumah, sambil kemas rumah basuh pinggan tu kan? (siapa-siapa pun tak kisah actually)  haa aku ada ramuan atau rencah kehidupan untuk korang
berdoalah dlm hati
 " Ya Allah, kau bersihkan hatiku ini sebagaimana bersihnya pinggan ini "
kepada mukmin pun boleh sambil-sambil  basuh kereta motor ye dak ? pandaipandai la adjust doa tu mengikut kesesuaian perbuatan anda yeeeeee
nak jugak share dengan korang kisah-kisah para anbia para sahabat, as-salafussoleh yg berkaitan sifat murakabah ni, masya Allah, bergenang jugak air mata hamba yang papa ini, diri ini begitu JAHIL terlalu banyak benda yang perlu diperbaiki, jadi rajin-rajin kan la diri anda dan diri saya sendiri mengunjungi masjid untuk hadir ke taman-taman syurga, kalau Aeon boleh pergi why not Masjid ? RUMAH PENCIPTA kita tau? JANGAN SOMBONG :)
tayyib

credit to highlanders, ingat tak setiap pagi rabu kita selalu ikrar, especially yg dilaungkan oleh  incheee Hammd bin Abdul Karim kita yakni President BADAR MRSMPH sampai rasa mcm nak terkeluar anak tekak, dan hampir-hampir resonance berlaku *nasib baik tingkap sekolah tak pecah dek frequency suara inchee kita ini yg kuat (physic concept)

"rodhitubillahirabba, wabilislamidina, wabimuhammadinnabiyan warasula" = "Aku rela Allah sebagai tuhanku Islam sebagai Agamaku, dan Nabi Muhammd S.A.W sebagai nabi dan rasulku"
amalkan ikrar ini baca 3kali pagi dan 3 kali petang, janji Allah, kita masuk syurga, kalau kita baca doa tu pagi kita meniggal sebelum asar, mati syahid awak, masya Allah, betapa besar fadhilat nyaa, baru aku perasan actually :)

*ambil manfaat daripada blog ni yeeee, kepada yang ada alahan blog, atau alergi dengan satiap bait-bait ayat profshima ni minta sila dapatkan nasihat pakar :D ngehngeh, sory kepada yang terasa atau apa, takde niat bro, kalau salah sila tegur :)
aaahh sudaah :)

Abah, My Hero

sempena Hari jadi abah yg ke-56, aku nak buat special post untuk abah,  tak ingat aku bila kali terakhir aku ckp psl abah kt dlm ...