Assumption



dalam bidang engineering, selepas membaca soalan yg menyatakan masalah dan perlu diselesaikan
kebiasaanya kami akan bermula dengan assumption

contoh untuk engine, kami ada belajar Carnot cylce, which is most efficient heat engine
so bila nak buat calculation berkaitan heat engine/pump/refrigerator dll kami akan refer kepada carnot cycle

yg mana dalam realiti engine tak kan operate sesempurna seperti Carnot cycle
maka kami akan membuat calculation, dan hasilnya kami akan dapati jawapan akan hampir dengan nilai kesempurnaan

begitu juga dalam Separation process, banyak kami buat assumption seolah-olah dunia (baca: unit operation) ini sempurna supaya bila kita nak selesaikan masalah tersebut kita akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan mendapat hasil yang sgt baik walaupun masih lagi terdapat beberapa keburukan/kesalahan (bbaca: error) dalam kaedah penyelesaian yg kita buat. sebab kita memang tak boleh elak dengan beberapa perkara kerana hakikatnya dunia ini tidak sempurna dan complicated (in terms of engineering)

samalah jugak seperti manusia, tiada manusia yg sempurna kecuali Rasulullah, kerana Rasulullah adalah insan yang terpelihara (baca: maksum). Anugerah daripada Allah buat kekasih-Nya.


jadi, apa yg aku nk sampaikan adalah dalam kehidupan tidak salah untuk kita berprasangka buruk (untuk perkara-perkara tertntu) agar kita lebih berhati-hati tetapi janganlah kita terlalu fokus kepada assumption buruk itu
kita kena kekal positif dan sentiasa 'make good assumption' so that langkah dan gerak kerja kita lebih ke arah untuk mencapai kejayaan dan mencapai matlamat berbanding gerak kerja ke arah untuk mengelakkan masalah berlaku kerana hakikatnya masalah akan sentiasa muncul, dari semasa ke semasa. 

kalau kita yakin dengan langkah yang kita buat, dengan kekuatan yg kita ada dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah

apa lagi yg kita rugi dan takutkan ?

"..........kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakal."
 (surah ali imran, ayat 159)







BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)

hamba nafsu

Tuhan tu dah cukup baik dengan diri aku
Dia dah tunjuk banyak jalan untuk kembali semula kepada jalan yang benar
kepada jalan yang dulu aku dambakan 
sehingga kan aku pernah ucap
"ni lah kebahagiaan yang sebenar aku cari selama ni"
lalu aku tersenyum. itulah senyuman yang paling ikhlas pernah aku lemparkan. 

entah bagaimana
tanpa aku sedar aku telah terhanyut dek deras yang melampau derasnya
sehingga aku sendiri tak sedar yang aku dah lemas dalam tenggelamnya
bahaya juga lintasan hati seorang mujahidah yang tegar dalam tarbiah nya
mudah saja termakbul
seingat aku, mujahidah yang tegar tarbiah nya itu pernah mengeluh

"bestnya kalau aku ada masa lapang macam si fulanah tu, siap boleh tonton cerita korea lagi. lepas study, makan, lepas makan tonton movie, lepas tonton movie, tidur. esoknya study lagi. hmmmm macam best je." 

lalu mujahidah itu tersenyum sipu-sipu dan menggelengkan kepala. tersedar dari lamunan. 

"apalah yang aku merepek ni. kerja dakwah banyak lagi tak settle ni. malam ni ada liqo' " getus hati nya teguh.

betullah kata orang langit tak selalu cerah
dalam sekelip mata saja mujahidah itu berubah
percakapannya, gaya nya, pergaulannya, tingkah lakunya, semangatnya, tarbiahnya, dakwahnya 
semua makin pudar,mundur,kelam dan tenggelam

kasihan 

bila sahabatnya menghulurkan tangan untuk keluar dari gelapnya tenggelam itu, 
dia mula ragu-ragu
dia takut, jika dia kembali timbul dan jejak dibumi yang nyata
dia bakal rasa sakitnya tenggelam itu buat kali yang kedua

sebab dia tahu
sakitnya tenggelam itu memang pedih dan amat melemaskan
biarlah aku hanyut dalam tenggelam ini daripada aku sakit tenggelam dari timbulnya
kerana sakitnya hanyut itu dia sudah sebati dalam jiwanya.
kini aku rindu kan si mujahidah itu yang teguh hatinya, yang tinggi semangatnya, yang ceria dan sentiasa memberi semangat kepada sahabatnya

-saudagar Donya-

******
inilah namanya penyakit wahan
penyakit cintakan dunia takut kan mati, 
punca nya kerana panjang angannya
maka carilah penawar untuk hilangkan penyakit ini dalam diri anda wahai temen-temen sekalian
semoga tabah dan sabar dalam menjalani liku-liku kehidupan :)

BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)

nomu nomu chua

"dalam banyak-banyak zaman hidup kau, zaman mana yang kau nak patah balik dan yang paling kau rindu ?"
"eerrmmmmm zaman 
ni :') "

*****

masa aku berada dizaman ni, aku rasa tmpt ni macam dalam penjara. sebab zaman ni sangat ketat peraturan bagi aku. kena pakai handsock, tudung kena labuh, nak keluar dah la susah nak kena mintak izin warden la apa, dah la terperosok pedalaman atas bukit, takde shopping complex, wayang, handphone dapat pegang hujung minggu je, walaupun boleh seludup secara haram tapi aku bukan jenis 'pandai-sorok-benda-haram' membosan kan!
 (zaman ni masih berbaki lagi sifat kenakalan aku- baru mula-mula slow nak berubah)
tapi tanpa aku sedar, tmpt nilah yang byk berjasa kat diri aku
kalau dulu aku panggil tmpt ni penjara, sekarang aku gelarkan sebagai madrasah tarbiah bagi Pendosa seperti aku 
kenangan-kenangan di tempat ni masih segar dalam ingatan aku
jadi
zaman mana yang korang rindu ?

BILA BOSAN NI LA JADI NYA*KALAU SUKA LIKE JER :)